Penyanyi didakwa hari ini



Petaling Jaya: Penyanyi yang ditahan polis kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya tiba di kompleks mahkamah di sini, pagi ini untuk pendakwaan.

Lelaki berusia 45 tahun itu yang mengenakan pakaian berwarna biru, tiba dengan diiringi polis pada 8.53 pagi.

Dia dijangka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Kelmarin, polis menahan penyanyi berkumpulan terbabit selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun yang mendakwa dipukul dalam kejadian di kawasan rumah lelaki berkenaan di Kota Damansara.



Kejadian itu berlaku ketika wanita berkenaan mahu mengambil anak lelakinya.

METRO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker