PN, PH takut Parlimen dibubarkan selepas Julai

 

Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan berada di bawah tekanan jika Parlimen dibubarkan selepas Julai ini. Kedua gabungan itu dikatakan takut berlakunya PRU15 sebelum pemilihan UMNO dilakukan.

Segalanya dipercayai kerana penularan ‘dokumen sulit’ dinamakan sebagai ‘Pasleak’.

Walaupun ada percuabaan membawa kedua gabungan ini untuk berada dalam satu ‘khemah besar’, tentangan yang diberikan terhadap PAS dan PPBM.

Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR mempunyai prinsip masing-masing selepas hilang keyakinan terhadap PPBM kerana ‘Sheraton Move’.

Bagi mencari kembali titik persefahaman, sesuatu perlu diusahakan PN untuk mengembalikan keyakinan PH dan menerima kembali kerjasama bersama PPBM dan PAS.

Meneliti kandungan ‘Pasleak’ yang disifatkan sebagai sampah oleh Naib Presiden PAS, ada perkara yang perlu diteliti sebaiknya.

Kandungan PASleak hampir menyerupai ‘Scheme of thing’ yang pernah tular semasa usaha PPBM memancing pemimpin UMNO untuk belot kepada parti.

 

Cuma kali ini perancangan tersebut diserahkan untuk dilaksanakan PAS bagi menyakinkan PH supaya memudahkan penggabungan PN-PN direalisasikan.

Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO telah mengarahkan PEGUAMNYA membuat laporan polis bagi membuka kertas siasatan terhadap kandungan ‘PASleak’. Ini bagi memastikan tidak ada campur tangan ‘tangan ghaib’ dalam urusan Mahkamah seperti direncanakan dalam ‘dokumen sulit’ tersebut.

 

 

Namun di pihak PAS dan PPBM, mereka hanya mengeluarkan penafian dan belum ada sebarang laporan polis dibuat. Adakah PAS dan PPBM tidak berani membuat sebarang laporan polis?

Bagi Pakatan Harapan pula, tempoh MoU CSA dengan kerajaan sudah hampir tamat menjelang akhir Julai dan sesuatu perlu dilakukan untuk memanjangkan tempoh perjanjian tersebut.

Ini bagi membolehkan mereka merancang strategi dan merancang samada mahu bekerjasama dengan Periktan Nasional untuk mengalahkan Barisan Nasional pada PRU15 sekaligus menamatkan perjuangan UMNO dari politik Malaysia.

Kepimpinan UMNO perlu peka terhadap sebarang tingkah-laku menongkah arus keputusan MKT yang menetapkan UMNO tidak lagi menyambung MoU dengan mana-mana parti politik selepas Julai 2022.

Najib, Zahid, Tok Mat benteng UMNO dari diharamkan

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker