Warga Singapura antara pemandu mabuk ditahan polis

Johor Bahru: Warga Singapura antara dua individu ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan di kawasan Taman Tun Aminah di Jalan Sutera Danga di sini, semalam.

Operasi oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Utara (JBU) itu turut mengeluarkan 23 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, sebelum itu lima pemandu yang berusia 30 hingga 40-an diperiksa namun, tiga orang didapati negatif kandungan alkohol.

“Dua yang ditahan itu kerana kandungan alkohol melebihi had dibenarkan dan kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rupiah, dalam operasi itu, sejumlah 61 kenderaan telah diperiksa dan 23 notis saman dikeluarkan termasuk 14 atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Satu kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lima saman kerana menggunakan telefon selain satu kesalahan tiada lesen memandu,” katanya.

Menurutnya, operasi itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak memandu hingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker