166 kena kompaun, seorang ditahan halang tugas polis

Johor Bahru: Seorang pengunjung pusat hiburan di Taman Ekoflora, Setia Indah di sini, bergelut dengan anggota polis dalam cubaannya melarikan diri ketika diserbu malam tadi.

Lelaki yang bekerja sebagai pembantu restoran bagaimanapun berjaya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, lelaki berusia 22 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, seramai 166 pengunjung dan pekerja premis dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM166,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan negara (fasa peralihan endemik).



“Mereka dikompaun RM1,000 setiap seorang. Pengunjung dan pekerja berusia 20 hingga 45 tahun itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan (17) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi semua SOP yang ditetapkan kerana tiada pengumuman berkaitan sebarang kebenaran pusat hiburan atau kelab malam setakat ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker