Bank Rakyat umum dividen 15 peratus
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Ia lebih tinggi berbanding 13 peratus yang diumumkan bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.
Dividen itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada sidang pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, di sini, hari ini.
BHOnline