Isytihar perang pasaran gelap, rokok seludup

BANGI: Kerajaan bertekad untuk mengisytiharkan perang terhadap pasaran gelap dan rokok seludup bagi membasmi kesan tembakau secara menyeluruh.

Mengikrarkan janji sedemikian, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia akan dilaksanakan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) larangan merokok bagi individu yang dilahirkan pada 2005 diluluskan.

Meskipun matlamat itu disifatkan sebagai populis oleh segelintir pihak, beliau berkata ia akan tetap dirintis untuk memastikan natijah daripada ketagihan nikotin tidak menjejaskan generasi pelapis negara.

“Jangan sebab masalah penguatkuasaan, kita tiada cita-cita lebih tinggi, percayalah jika dapat luluskan RUU ini KKM (Kementerian Kesihatan) akan bekerjasama dengan semua agensi penguat kuasa.

“Kita akan isytihar perang pasaran gelap dan rokok seludup bagi membasmi produk ini secara menyeluruh,” katanya ketika melancarkan Generasi Penamat Anti Rokok 18 (GEGAR-18), di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker