Maybank mohon maaf atas gangguan perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Maybank memohon maaf atas gangguan perkhidmatan pada perkhidmatan perbankan terpilih.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu adalah susulan volum trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Susulan itu, jelasnya, perkhidmatannya menerusi web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad Debit mula mengalami kelembapan bermula dari 9 pagi hari ini.



“Maybank ingin memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami gangguan perkhidmatan di web Maybank2u, M2U App, MAE App dan penggunaan kad Debit hari ini.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sebaik mungkin. Kami jamin bahawa baki dan butiran akaun anda akan kekal utuh dan selamat dengan kami,” kata kenyataan itu.

Maybank berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan berkenaan.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus mengemas kini maklumat secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” tambah jurucakap itu.



Untuk bantuan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi melalui platform media sosialnya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button