‘PASLeak’ – Annuar tempelak Isham Jalil atau Zahid?

‘PASLeak’ menjadi topik panas politik tanahair apabila Presiden PAS tidak berani membuat laporan polis mengenai kandungan ‘dokumen sulit’ yang tersebar.

Pemimpin PAS rata-rata menyifatkan ‘PASLeak’ hanya dokumen ‘sampah’ dan tiada keperluan untuk dipandang serius.

Bagaimanapun UMNO pula mengambil berat kandungan ‘PASLeak’ yang dilihat cubaan campurtangan parti politik lain dalam urusan Mahkamah melibatkan pemimpin UMNO.

 

Kenyataan Zahid Hamidi dalam facebook rasmi

 

Ahli UMNO yang agak berang dengan perancangan dalam kandungan ‘PASLeak’ menyifatkan perkara ini sangat serius. Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah mengarahkan peguam untuk membuat laporan polis mengenai kandungan ‘PASLeak’ bagi pihak UMNO.

 

 

Mengejutkan apabila Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa seolah ‘lebih sudu dari kuah’ dan mempertahankan kandungan ‘PASLeak’ serta menyifatkan kandungan yang tersebar sebagai perkara biasa dan tiada elemen luar biasa.

Beliau kemudiannya dibidas oleh Isham Jalil menerusi facebook beliau. 

 

 

Annuar Musa kemudiannya membalas penulisan Isham dalam bentuk sindiran dan melarat sehingga beliau kelihatan agak keras mengeluarkan kenyataan. Beliau juga membalas kenyataan Zahid yang meminta agar tidak mengikut rentak pihak lawan dan kekal setia kepada parti.

Mengapa tiba-tiba Annuar Musa begitu mempertahankan kandungan ‘PASLeak’? Netizen mula mempersoalkan arah politik sebenar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang dilihat sangat cenderong kepada pihak lain dari mempertahankan UMNO sebagai sebuah Institusi.

Adakah Annuar sendiri tahu kandungan ‘PASLeak’ itu memang dirancang atau beliau sebahagian dari perancangan kandungan ‘PASLeak’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker