Peminat Wanita Patah Hati, MK K-Clique Dah Berpunya

Penyanyi dan pelakon MK K-Clique sekali lagi mencuri tumpuan wargamaya selepas berkongsi foto ‘sweet’ dengan seorang wanita yang dikenali Hajaar Siti.

Terima kasih masih sabar

Menerusi Instagram (IG), MK, 26, memuat naik beberapa momen yang menyentak hati ramai peminat terutama wanita.

Dalam hantaran tersebut, pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan menulis kapsyen ‘berbunga’ buat wanita istimewa itu. Dengan menggunakan panggilan ‘sayang’, MK menghargai kesabaran gadis itu di samping meluahkan rasa cinta.



Minta maaf atas semua sayang. Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat cemburu dan kecewa selepas melihat foto mesra tersebut.

Ada juga yang berpendapat ini adalah waktu tepat untuk ‘move on.’



Sebelum ini, OhBulan! pernah menemu bual bertanya sama ada pelakon drama The Hotel sudah berpunya. Bagaimanapun, dia berkata dirinya masih solo dan tidak tergesa untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @hairiwhuut

ohbulan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button