PM beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis lalu.

Ismail Sabri tiba di kediaman Allahyarham di Presint 10, di sini jam 9.42 pagi.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Datuk Seri Mohd Sallehuddin Hassan.

Selain memberikan penghormatan terakhir kepada arwah yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara selama enam tahun bermula 2012, Ismail Sabri turut menunaikan solat jenazah.



Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.30 pagi sebelum dibawa ke kediamannya di sini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, di sini, untuk penghormatan terakhir yang akan berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.

jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhur di Dewan Solat Utama sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 jam 1.30 petang untuk pengebumian.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker