Quartararo ungguli MotoGP Portugal

PORTIMAO: Juara bertahan, Fabio Quartararo meraih kemenangan pertama musim ini menerusi persembahan dominan di Grand Prix Portugal dekat Portimao sebentar tadi sementara pelumba petak depan, Johann Zarco menahan asakan Aleix Espargaro untuk tempat kedua.

Quartararo pantas mencipta jarak di Litar Antarabangsa Algarve dan ia kemenangan pertamanya bersama Yamaha sejak Silverstone musim lalu yang membawanya sama mata dengan penunggang Suzuki, Alex Rins di persada pungutan mata kejuraaan.

Berbaki tujuh pusingan, Jack Miller memintas Joan Mir namun ketika dia cuba mengatasi juara dunia 2020 untuk perebutan podium, Zarco dan Espargaro mengambil peluang untuk kedudukan kedua dan ketiga.



Rakan sepasukan Mir, Rins naik ke kedudukan keempat selepas memulakan perlumbaan di petak ke-23 manakala penunggang Ducati, Francesco Bagnaia di kedudukan kelapan selepas bermula di petak terakhir.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button