Bekas pelajar Henry Gurney kini bergelar peniaga berjaya

Kuala Lumpur: Pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney atas kesalahan lampaunya namun ia tidak menjadi penghalang buat seorang bekas pelajarnya untuk mengorak langkah menjadi peniaga berjaya.

Malah ia menjadi iltizam kuat sempena Ramadan untuk mencipta kejayaan biarpun bermula sebagai peniaga burger secara kecil-kecilan.

Bagi Mohamad Hafizul Tani, 20-an, peluang diberikan badan bukan kerajaan, Club House BG9 yang menyediakan peluang untuk menjalankan aktiviti dan bimbingan perniagaan akan digunakan sebaik mungkin.



“Alhamdulillah, biarpun berstatus bekas banduan, masih ada yang sudi memberikan bimbingan perniagaan dan kaunseling. Insya-Allah, dengan bimbingan rakan-rakan lain, saya harap akan terus berjaya.

“Syukur kini saya mempunyai lima gerai air serta sebuah gerai burger hasil daripada manfaat bantuan yang diperolehi hasil usaha Club House BG9,” katanya.

Sementara itu, Presiden Club House BG9 Aqlan Ali berkata, kelab berkenaan ditubuhkan untuk menghimpunkan golongan muda yang pernah terbabit kesalahan jenayah dan kembali ke pangkal jalan.

Katanya, ia juga bertujuan memberi peluang kepada mereka menerima pendedahan dan pendidikan sosial.



“Program yang menyatupadukan usaha anak muda dilaksanakan antaranya program Semangat Raya Keluarga Malaysia ini.

“Insya Allah jika mendapat sambutan yang baik kita akan teruskan. Semoga semangat ini tidak terhenti setakat ini, mungkin kita akan hebatkan ke seluruh negara,” katanya yang berjaya menghimpunkan 500 belia pelbagai latar belakang untuk diberi bimbingan.

METRO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button