Hishammuddin tidak akan bertanding jawatan Presiden

 

Bekas Naib Presiden UMNO, Dato Seri Hishammuddin Hussein dijangkakan tidak akan bertanding jawatan Presdien UMNO dalam pemilihan akan datang.



Ini bagi membolehkan beliau terus menumpukan kawasan Parlimen Sembrong dan membantu Perdana Menteri memulihkan semula hubungan Malaysia dengan Timur Tengah.

Sebagai Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin perlu fokus kepada isu-isu membabitkan keselamatan negara dan menaiktaraf ATM bagi mencapai tahap terbaik.

Hubungan Malaysia-Timur Tengah agak kurang baik selepas Pakatan Harapan mengambil-alih Putrajaya pada 2018.



Hishamuddin memulakan karier dalam kerajaan sebagai Setiausaha Parlimen  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 Ogos 1997).

Hishamuddin yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas (12 April 2017-9 Mei 2018) dan Menteri Pertahanan.

Pada Mac 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Luar oleh Muhyiddin Yassin. Kini beliau merupakan Menteri Kanan Pertahanan Malaysia bermula 30 Ogos 2021 sehingga sekarang.

Pada 8 Jun 2018, Hishammuddin mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dan memilih untuk tidak bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO.



Hishammuddin juga dijangkakan akan membantu membangunkan Negeri Johor di bawah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang juga merupakan anak saudaranya.

Kontroversi turut menyelubungi Hishammuddin apabila nama beliau muncul dalam kandungan ‘PASLeak’. Sehingga hari ini beliau masih berdiam diri mengenai kemunculan namanya dalam ‘PASLeak’.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button