Mayat Lelaki Diikat Rantai Besi Pada Kerusi

.Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan kaki kirinya diikat dengan rantai besi pada kerusi dan mayatnya ditemukan petang semalam oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di kawasan parkir di sebuah apartmen di Jelutong.

Mayat diikat dengan rantai besi

.

Memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 33 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah inap desa di apartment Eastern Court, Jelutong. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa menyewa kediaman itu bersama seorang rakan berketurunan Cina berusia 54 tahun. Difahamkan, mereka berdua yang datang dari Melaka telah menyewa unit tersebut sejak 13 April lalu.

Menurut seorang saksi yang juga penghantar makanan kepada si mati, hari ini (petang semalam)  dia sempat berjumpa dengan salah seorang rakan lelaki itu pukul 5 petang.

Polis kesan rakan serumah mangsa

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian selain giat mengesan lelaki yang tinggal dengan mangsa bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut.

Polis menemukan pasport milik mangsa dan dia dipercayai datang dari Dumai, Indonesia pada 23 Mac lepas sebelum datang ke Pulau Pinang.

Kami sedang kesan lelaki yang tinggal bersamanya untuk siasatan lanjut kerana kami percaya dia tahu berhubung kejadian ini.

Pemeriksaan dalam inap desa itu tidak menemui sebarang kesan pergaduhan atau pergelutan dan polis juga masih menyiasat tujuan mereka berada di Pulau Pinang. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: The Sun Daily

ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker