Murid Cedera Dicekik & ‘Dihempas’ Oleh Bapa Rakan Sekelas



Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu cedera dipercayai akibat dicekik, diangkat dan dilepaskan ke tanah oleh bapa rakan sekelasnya pada Ahad lalu.

Dipercayai dipukul bapa rakan sekelas

Memetik laporan Sinar Harian, insiden cemas tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam tengah hari ketika mangsa berada di luar pagar sekolah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya (anak suspek).

Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu. Apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.

Susulan daripada itu, suspek yang berang dipercayai bertindak agresif dengan mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempasnya/menjatuhkannya ke tanah. Tindakan tersebut menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil kemungkinan disebabkan terkena batu. Pihak sekolah kemudian menghubungi bapa mangsa sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.



Menurut sumber, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber: Sinar Harian

ohbulan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker