Neymar dan Mbappe keluar Messi kekal

PARIS: Lionel Messi akan kekal bersama Paris Saint-Germain sekurang-kurangnya untuk semusim lagi, selepas mengharungi musim sulung kurang memberangsangkan.

Pemain 34 tahun yang mempunyai tujuh gelaran Ballon d’Or itu hanya menjaringkan empat gol Ligue 1 musim ini.

Kontraknya ketika ini akan berakhir pada musim panas tahun depan, tetapi mempunyai pilihan untuk lanjutan setahun lagi.

Messi digesa pulang ke kelab asalnya Barcelona oleh bekas rakan sepasukan Dani Alves awal bulan ini, tetapi perpindahan ketika musim panas ini tampak mustahil.



PSG yang baru mengesahkan kejuaraan Ligue 1 ke-10 mereka, akan berwajah baharu musim depan di mana Neymar dan Kylian Mbappe mungkin tidak ada untuk menemani Messi.

Penjaring terbanyak kelab, Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sebaik kontraknya tamat pada Jun, dan PSG turut bersedia melepaskan Neymar pada jendela perpindahan musim panas ini.

Rakan sepasukan Argentina Messi, Angel Di Maria juga akan tamat kontraknya musim panas ini, dan dia dikatakan cenderung mencari cabaran baharu di tempat lain.

Di gawang pula, PSG akan mengekalkan penjaga gol Itali Gianluigi Donnarumma, manakala Keylor Navas akan meninggalkan kelab.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker