Pendedahan Raja Petra buka “pekung” konspirator?

 

Raja Petra Kamarudin sekali lagi mendedahkan “pekung” para konspirator yang terlibat dalam  dalam isu SRC.

Beliau mendedahkan sepucuk surat syarat menguruskan SRC oleh Maybank Investment Bank. Diikuti caj pengurusan sebanyak RM800,000.00 yang dibayar oleh 1MDB kepada Maybank.

CEO SRC pada ketika itu ialah  Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Sepucuk surat bertarikh 14 September 2010 telah dikeluarkan Maybank Investment Bank kepada Shahrol Azral Ibrahim Halmi, CEO 1MDB ketika itu berkaitan SRC.

Raja Petra sebelum ini mendakwa Nazlan telah menerima sejumlah wang menerusi 11 transaksi ke akaun beliau sebagai bayaran “servis”.

Nazlan kemudian bertindak membuat laporan Polis terhadap portal Malaysia Today

Kejutan dibuat oleh pihak SPRM apabila mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat Mohd Nazlan berikutan transaksi akaun bank yang meragukan.

Pendedahan Raja Petra telah membuka mata ramai rakyat terhadap tahap intergriti Institusi Kehakiman Malaysia melibatkan Hakim Mohd Nazlan Ghazali.

Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas turut mendedahkan beberapa nama yang sepatutnya didakwa berkaitan isu 1MDB. Ini termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.

Namun demikian, sehingga hari ini nama yang dikaitkan masih tidak diambil tindakan melainkan hanya disiasat. 

Apa yang dikhuatiri pendedahan Raja Petra ini juga akan menerima nasib sama-siasat dan terus siasat tanpa tindakan.

Raja Petra dakwa ada ‘tangan ghaib’ kes Zeti

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker