14 pemandu bas dikesan guna bahan terlarang

Oleh – Syeikh Baran


14 pemandu bas dikesan guna bahan terlarang
Lokman ketika melakukan tinjauan dan pemeriksaan bersempena Ops Motosikal, kenderaan pengangkutan awam (KPA), dan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) di Jalan Gambang, Kuantan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 14 pemandu bas yang didapati menggunakan barang terlarang dalam tempoh 21 hari Ops Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina dijalankan di seluruh negara.

Antara bahan terlarang yang dikesan digunakan adalah seperti methamphetamine dan ganja jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, pemeriksaan ke atas pemandu kenderaan pengangkutan awam (KPA) itu dijalankan dengan kolaborasi pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan bersama AADK mendapati terdapat 14 kes pemandu KPA yang menggunakan bahan terlarang.

“JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperolehi daripada pihak AADK bagi mengelakkan pemandu ini terus menggunakan kenderaan perkhidmatan awam,”katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Ops Motosikal, KPA, dan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) di Jalan Gambang, di sini hari ini.

Lokman memberitahu, pihak JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715.

Katanya, kebanyakkan pemandu yang menggunakan bahan terlarang ini adalah pemandu perjalanan jarak jauh di mana mereka ditahan di terminal sebelum memulakan perjalanan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker