9 jam bersih telur kutu

Sydney: Seorang pendandan rambut mengambil masa sembilan jam untuk membersihkan telur kutu dari kepala seorang kanak-kanak di Australia.

Rachel Maroun, 21, berkongsi video itu menerusi TikTok mengenai usahanya mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak itu.

Satu kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang berdepan masalah kutu, yang kronik.

Kanak-kanak itu sudah mengalami masalah itu, selama enam bulan.

Keadaan itu juga menyebabkan keluarganya bergelut untuk menjalankan rawatan di rumah kerana ketidakupayaan kanak-kanak itu untuk menyisir sendiri rambutnya.

Kanak-kanak itu mengalami kegatalan kulit kepala melampau menyebabkan ibu bapanya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan profesional daripada Rachel.

Ketika tiba untuk menerima rawatan, penggaya rambut itu terkejut dengan keadaan kanak-kanak itu sehingga telur kutu memenuhi kulit kepala, tengkuk dan pakaiannya.

“Saya sangat terkejut melihat jumlah telur kutu yang begitu banyak dan menjadikan kulit kepalanya sebagai sarang.

“Bagi kes kronik seperti ini, jalan terbaik adalah mencukur kepalanya, namun bagi kanak-kanak seusia ini, dia masih terikut-ikut dengan gaya animasi Rapunzel.

“Saya menghabiskan tiga jam setiap kali rawatan untuk menyikat rambutnya dan ada sesetengah tempat tidak boleh dirawat ketika pertemuan kali pertama.

“Di atas telinganya juga, dipenuhi telur kutu menyebabkan rambutnya melekit.

“Saya perlu ambil masa kerana mahu dia berasa selesa sepanjang proses rawatan dibuat dan akhirnya kami berjaya,” katanya.

Selepas tiga rawatan dengan setiap sesi mengambil masa tiga jam, telur kutu akhirnya dapat dibuang dari rambut kanak-kanak itu.

Perkongsian video Rachel itu menjadi tular dengan 23 juta tontonan serta 648,000 tanda suka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker