Adik dan kakak maut dilanggar lori

Petaling Jaya: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2 Taman Medan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.54 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki dua mangsa iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai hilang kawalan.

“Difahamkan kedua-dua mangsa kemudian jatuh sebelum dilanggar sebuah lori yang melalui jalan berkenaan di arah sama.

“Kemalangan mengakibatkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu lori berusia 35 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Rozilah Hussin di talian 0162679025 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker