Berang Cuti Tak Lulus, Lelaki Bunuh Majikan Sendiri

Hanya kerana cuti ditolak, seorang pekerja di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu didakwa membunuh majikannya dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah.

Bunuh majikan sendiri

Menerusi laporan Gulf News, tertuduh, 23, bekerja di sebuah garaj kereta di kawasan perindustrian Al Quoz, dan dia dikatakan bertengkar dengan pengurusnya berhubung permohonan cuti. Bagaimanapun cuti tertuduh dipercayai ditolak sebelum dia bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau tajam dan turut memukul kepalanya dengan tukul besi.

Difahamkan mangsa ditemui oleh pekerja lain dalam keadaan berlumuran darah dan suspek merupakan orang terakhir dilihat bersamanya. Bukan itu sahaja, suspek didakwa pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai bagi meninggalkan negara berkenaan namun tiada penerbangan sedia ada ke lokasi diinginkan.

Susulan daripada itu, suspek bertindak ke pejabat keduataan negara asal bagi meminta bantuan meninggalkan Dubai tanpa menjelaskan apa yang telah berlaku. Suspek kini telah diberkas oleh polis Dubai di luar bangunan konsulat.



Tertuduh bertengkar dengan mangsa kerana mahu pulang ke negaranya tetapi mangsa tidak bersetuju mengenai tarikh kepulangan yang diminta.

Mangsa kemudian memecat tertuduh dan memintanya meninggalkan tempat itu. Defendan berasa malu dan hilang sabar.

Sumber: Gulf News

ohbulan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker