Jho Low dikeluarkan dari senarai dikehendaki?

 

Pendedahan terkini Lokman Adam menggemparkan politik negara apabila mendakwa nama Jho Low telah dikeluarkan dari senarai dikehendaki.



LOKMAN ADAM mendakwa Mahathir dan Mahiaddin telah bersetuju untuk berbuat demikan. Sejauh mana kebenaran kenyataan Lokman tidak dapat disahkan lagi.

Datuk Lokman Noor Adam, mendakwa firma guaman, Tetuan Valen, Oh & Partners kepada Low, meminta berbuat demikian.

“Sekitar bulan Mac, peguam kepada Low Taek Jho telah menulis meminta supaya Low digugurkan daripada senarai orang diburu, orang dikehendaki dari senarai hitam Interpol.



“Kenapa ini berlaku? Kerana Low telah bekerjasama dengan Amerika (AS) dan Amerika bersetuju mengeluarkan nama Low daripada ‘blacklist’ (senaraihitam) ini daripada diburu,”

Pendedahan ini sudah pastinya menambah ‘garam’ kepada isu Mohd Nazlan yang sedang hebat dibicarakan di media sosial.

 

Carian dari sumber PDRM

 



Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata nama ahli perniagaan itu juga sudah disenarai sebagai individu dikehendaki kategori notis merah oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL).

“Kita masih buru Jho Low dan siasat di negara mana ahli perniagaan itu bersembunyi. Dalam hal ini, kita mendapat kerjasama INTERPOL.

Dalam pada itu pihak PDRM dikatakan telah mengenal pasti lokasi sebenar Jho Low. Namun demikian pihak Polis tidak mengumumkan lokasi ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB itu.



Pada 2018 pihak PDRM menyatakan telah mengesan lokasi Jho Low namun sehingga hari ini beliau masih gagal di bawa pulang untuk menjadi saksi di Mahkamah.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button