Mayat tanpa pakaian terapung di sungai

Kuala Lumpur: Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di dalam Sungai Jinjang berhampiran Flat Taman Sri Murni Fasa 1, Batu Caves, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 40-an yang tidak dapat dikenal pasti identiti pada 3.25 petang.

Menurutnya, pasukan Polis dari Balai Polis Jinjang menjalankan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa dijumpai terapung tanpa pakaian di dalam air dan disyaki meninggal dunia melebihi tempoh 24 jam.

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang hadir ke lokasi kejadian untuk bantu mengangkat mayat naik ke atas tebing.



“Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dirujuk kepada pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

“Polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau pengawai penyiasat Sarjan Rosdi Yusof dari Balai Polis Jinjang di talian 03-6257 2222 / 012-6580597,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker