Pemandu parah, kereta putus dua akibat kemalangan

SHAH ALAM: Seorang lelaki parah selepas kereta dipandunya terbabas dan terputus selepas terbabit kemalangan di Jalan Glenmarie, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi tadi, ketika mangsa memandu kereta jenis Honda itu dari arah Subang menghala Lebuhraya Persekutuan, sebelum dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat kemalangan itu, kereta terbabit terputus dua dengan bahagian hadapan kereta terseret sejauh 50 meter ke hadapan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 1.07 pagi tadi.



“Sebaik tiba, bahagian belakang kereta mengalami kebakaran dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, mangsa yang berusia 20 tahun dan beralamat di Puchong itu cedera parah pada bahagian muka.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS bomba dan dihantar ke Hospital Shah Alam oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker