Pesara tentera Colombia mengaku bunuh 120 orang

OCANA: Sejumlah 10 pesara tentera Colombia mengaku kepada keluarga mangsa bahawa mereka terbabit dalam pembunuhan 120 anggota keluarga mereka, yang kemudian dilaporkan sebagai pemberontak terbunuh dalam pertempuran.

Ini adalah pengakuan awam seumpamanya oleh anggota tentera berhubung ‘kehilangan’ orang awam, yang kemudian dibunuh secara kejam.

Seorang jeneral, empat kolonel dan lima anggota selain seorang awam dijangka membuat pengakuan itu kepada sebuah tribunal yang ditubuhkan pada 2016 sebagai usaha damai bagi menamatkan konflik setengah abad antara kerajaan dan Pasukan Bersenjata Pemberontak Revolusi Colombia (FARC).



Skandal di mana orang awam dibunuh secara kejam sebelum didakwa sebagai pemberontak terbunuh ketika perang itu adalah yang terbesar menggugat pasukan tentera Colombia setakat ini.

“Saya minta anda bersihkan nama keluarga kami… mereka hanya pekerja biasa di pedalaman, bukannya anasir subversif, gerila atau pengganas, seperti mana mereka dituduh,” kata Eduvina Becerra, pasangan kepada Jose Ortega, seorang petani yang dibunuh.

Sekitar 50 anggota keluarga mangsa berkumpul di teater universiti di Ocana, dekat sempadan utara Colombia dengan Venezuela, di mana perbicaraan Penghakiman Khas bagi Keamanan (JEP) diadakan.

“Saya menerima dan mengaku bertanggungjawab sebagai individu yang bersekongkol melakukan pembunuhan antara 2007 dan 2008,” kata Nestor Gutierrez, bekas anggota tentera Colombia.



“Kami membunuh petani yang tidak berdosa,” katanya sambil berjanji akan ‘menjelaskan’ semuanya kepada rakyat negara dan ini dunia sebelum penghakiman,.

Di hadapan anggota keluarga yang menangis, anggota tentera terbabit memberi penjelasan terperinci mengenai bagaimana mereka membunuh mangsa, yang rata-rata berusia antara 25 hingga 35 tahun.

JEP ditubuhkan pada 2017 bagi mengadili jenayah perang terburuk dilakukan ketika konflik di Ocana, di mana batalion tentera ditempatkan di pekan dengan 100,000 penduduk itu terjebak dalam amalan menunjukkan jumlah mayat sebagai bukti keberkesanan memerangi pemberontak.

Tribunal JEP berkata lebih 6,400 orang awam dibunuh antara 2002 dan 2008 selepas dibawa ke lokasi yang jauh dri rumah masing-masing.



JEP berkuasa menawarkan hukuman penjara kepada mereka yang mengakui kesalahan masing-masing dan mahu menebus kesalahan.

Wilayah Catatumbo di mana terletaknya Ocana, juga adalah kawasan terbesar pengeluaran haram daun koka terbesar di dunia, yang diguna bagi menghasilkan kokain, sekali gus menjadi hab jenayah terancang.

perbicaraan dijadualkan selama dua hari, dengan bekas Jeneral, Paulino Coronado, sebagai pegawai berjawatan tertinggi yang mengendalikannya.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button