Real melakukan sesuatu yang ajaib

Mancehster: Karim Benzema berkata Real Madrid “akan melakukan sesuatu yang ajaib” untuk mara ke final Liga Juara-Juara selepas dia meledakkan dua gol ketika tewas 3-4 kepada Menchester City pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Permulaan luar jangkaan di Stadium Etihad menyaksikan Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus meletakkan City mendominasi perlawanan apabila mendahului 2-0 hanya selepas 11 minit beraksi sebelum Benzema memberikan harapan kepada Madrid dengan gol pada sebelum rehat.

Phil Foden kembali meletakkan City dengan kelebihan dua gol, Vinicius Junior menjaringkan gol dua minit kemudian dan Bernardo Silva menjadikan kedudukan 4-2 sebelum Benzema menyempurnakan penalti minit ke-82 untuk kembali menghidupkan peluang menjelang perlawanan separuh akhir kedua di Santiago Bernabeu, 4 Mei ini.

“Kekalahan tidak pernah baik,” kata Benzema.

“Tapi perkara yang paling penting ialah kami tidak berputus asa sehingga penamat. Sekarang kami perlu pulang ke Bernabeu.

“Kamu memerlukan sokongan luar biasa daripada penyokong. Kami akan melakukan sesuatu yang ajaib untuk menang.”

Stadium Bernabeu sebelum ini sudahpun menjadi saksi dua perlawanan dramatik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Mereka bangkit daripada kekalahan pertama 0-1 kepada Paris Saint-Germain ketika pusingan 16 terbaik yang menyaksikan Benzema meledakkan hatrik untuk menang 3-1.

Hanya masa tambahan diperlukan Benzema ketika mereka menang ke atas Chelsea dengan agregat 5-4 pada perlawanan suku akhir kedua.

Penyerang Perancis itu kini meledakkan 14 gol dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

“Apa yang anda boleh katakan mengenai Karim Benzema?” kata rakan pasukan Vinicius Junior.

“Dia seorang pemain yang hebat, dia juga abang saya. Mari kita berdoa agar dia dapat menamatkan musim ini dengan menang La Liga, Liga Juara-Juara dan menamatkannya dengan trofi Ballon d’Or.”

Benzema menjaringkan penalti ketika menentang City selepas dua sepakan penaltinya dapat diselamatkan sebelum ini ketika mereka menang 3-1 saingan La Liga di Osasuna 20 April lalu.

“Jika anda tidak pernah mengambil penalti anda tidak akan terlepas penalti. Saya mempunyai banyak keyakinan diri.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker