Rumah Bonda menafikan dakwaan pemerdagangan bayi

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) akan mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran maklumat sulit penghuni rumah kebajikan itu.

Rumah Bonda menerusi kenyataan turut menafikan dakwaan pertubuhan itu terbabit dalam aktiviti pemerdagangan bayi.

Katanya, maklumat sulit penghuni yang tersebar dipercayai dilakukan bekas kakitangannya.



“Pertubuhan Rumah Bonda menegaskan tidak mengizinkan rekod sulit bekas penghuni disalahgunakan dan disebarkan.

“Pertubuhan ini juga memandang serius percubaan pihak tertentu yang menghubungi dan mengganggu keluarga angkat, menyebarkan maklumat dan gambar mereka di media sosial.

“Malah ada di antara mereka yang didesak untuk membuat laporan polis palsu berlaku kegiatan penjualan bayi di rumah perlindungan Rumah Bonda,” katanya.

Menurutnya, pertubuhan itu akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button