Video tutorial Izara Aishah dapat lebih 3.9 juta tontonan

Kuala Lumpur: “Assalamualaikum warga shawl. Nak tanya korang (anda), siapa tahu ‘tutorial’ pakai shawl macam Izara (Izara Aishah) ni? Isteri aku kata nak pakai gaya ni raya nanti. Sudah dua hari dia cari ‘tutorial’ tak jumpa sampai ‘badmood’. Demi isteri tercinta, tolong bantu saya.”

Menurut Izara, 30, dia tersentuh dengan cara lelaki itu yang mana mahu memuaskan hati isteri tercinta.

“Jumpa satu tweet seorang suami ini. Dia nak bagi isteri gembira. Dia ada memuat naik gambar saya ketika sesi fotografi menggayakan shawl ini. Katanya isteri cari ‘tutorial’ pakai tudung ni, tapi tak jumpa.

“Saya ini memang lembut hati sangat apabila seorang suami nak ‘please’ isteri dia dan bahagiakan. Saya pun tunjuk dan harap ia boleh buat isteri dia gembira,” katanya.

Video tutorial berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik sejak tiga hari lalu itu mencecah tontonan 3.9 juta, lebih 546,000 tanda suka, 12,000 komen dan 27,000 perkongsian semula.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button