2 Kali Dapat Teman Lelaki Panas Baran

Bagaikan mimpi ngeri buat seorang gadis selepas menjadi mangsa keganasan dua teman lelakinya sendiri. Kisah yang mendapat 3.1 juta tontonan di laman TikTok, dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Itsitmeesh.

Menerusi video pendek dikongsi, gadis ini mendakwa dia dipukul oleh bekas kekasihnya sebelum mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu.

Dipukul oleh bekas kekasih. Healing (proses penyembuhan).

Nasib bertambah malang….

Bagaimanapun selepas berjumpa dengan teman lelaki baharu, teman lelakinya dikatakan turut berperangai sama dengan bekas kekasihnya terdahulu dan gadis ini turut menjadi mangsa pukul. Sebagai bukti, gadis cekal ini turut berkongsi foto dirinya yang sedang berada di hospital dan bahagian mata yang lebam.

Jumpa kekasih baru. Dipukul dengan lebih teruk.

 

 

@isitmeehwhen dark humour is your coping mechanism 🥴

♬ original sound – Semi🚛Truck

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram dengan tindakan dua lelaki berkenaan dan meminta supaya gadis ini melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Itsitmeesh

ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker