3 anggota JPJ mengaku salah terima suapan

IPOH: Tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dijatuhi hukuman denda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM20,000, Jun tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad turut menjatuhkan hukuman sebulan penjara ke atas Mohamad Fadzli Robaini, 32, Sazali Rani, 53, dan Mohd Khairumin Sahdan, 35, jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa menerima wang tunai RM20,000 daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang lagi lelaki lain atas kesalahan membawa barangan muatan arak tanpa surat kebenaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Ketiga-tiga tertuduh yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa, Unit Peronda Lebuhraya Jelapang, JPJ Perak didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Lebuh Raya Utara Selatan antara jam 10 pagi hingga 1.10 tengah hari, 6 Jun 2021.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Muhaimin Aris.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah RM18,650 daripada ketiga-tiga tertuduh dilucuthakkan di bawah Seksyen 40(1)(a)



Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

kepada Kerajaan Malaysia.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button