Beijing bergelut lawan COVID-19, catat 34 kes baharu

BEIJING: China masih bergelut menangani penularan COVID-19 di negara itu selepas melaporkan 34 kes jangkitan tempatan baharu semalam, yang tertinggi sejak varian Omicron dikesan di ibu kota China itu minggu lalu.

Kebanyakan daripada pesakitnya menunjukkan simptom jangkitan virus itu.

Pihak berkuasa sedang mengejar masa untuk membendung penularan virus berkenaan, lapor agensi berita MediaCorp.

Pusingan kedua ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran sudah mula dijalankan di daerah terbesar Beijing, di Chaoyang.

Pegawai kesihatan Beijing menyasarkan untuk menguji sekitar 20 juta penduduk sebanyak tiga kali menjelang Sabtu ini.

Sementara itu, penduduk Beijing berpusu-pusu ke pasar raya bagi membeli bekalan makanan dan keperluan asas yang lain.

Mereka bimbang jika kerajaan republik itu turut meletakkan bandar raya itu di bawah sekatan pergerakan seperti Shanghai.

Perniagaan di Beijing juga sudah menyesuaikan operasi mereka bagi menghadapi gangguan.

Setakat ini, beberapa bandar di seluruh China sudah mengeluarkan arahan bagi menggesa penduduk supaya jangan melakukan perjalanan sepanjang cuti panjang Hari Buruh demi mencegah COVID-19 daripada terus merebak.

AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker