EGM UMNO sukar untuk digagalkan – Ahmad Maslan

 

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Khas-EGM pada 15 Mei 2022, usul yang akan dibawa pada hari tersebut sukar untuk digagalkan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, usul telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung lepas.

Usul tersebut telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

Dipersetujui pemilihan UMNO (Cawangan, Bahagian, Pusat) akan dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas PRU15 dijalankan.

Oleh demikian tidak timbul percanggahan usul akan dibawa ke EGM UMNO 15 Mei kelak.

 

 

 

“hanya formaliti sebagai syarat perlembagaan untuk usul yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO Khas, tidak mungkin orang yang sama meluluskan dan mereka juga menolak” jelas Ahmad Maslan semasa dihubungi.

Semalam MyTvOnline melaporkan ada gerakan ‘bawah tanah’ yang sedang berusaha mahu mengagalkan usul yang akan dibawa ke EGM UMNO. Ini berikutan sumber menyatakan terdapat aduan mengenai ‘broker-broker’ sudah mula menghubungi para perwakilan UMNO.

Mengulas mengenai “PASLeak”, Ahmad Maslan menyatakan UMNO mempunyai strategi tersendiri dalam menangani sebarang perancangan seperti yang tular. Beliau menyifatkan UMNO kini cukup bersatu-padu buat masa sekarang.

Baca juga 

 

“PASLeak” ; semua penama tidak berani lapor polis

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker