Liverpool makin hampir ke final Liga Juara-Juara

LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata Liverpool masih perlu “waspada” walaupun sudah selangkah ke final Liga Juara-Juara menerusi persembahan dominan apabila menang 2-0 mengatasi Villarreal pada separuh akhir pertama di Anfield sebentar tadi.

Dua gol dalam masa dua minit menyekat perancangan bertahan bos Villarreal, Unai Emery apabila bola hantaran Jordan Henderson terkena Pervis Estupinan dan menerjah ke gawang sendiri sebelum Sadio Mane meledak gol kedua.

Skuad Reds masih berada di landasan untuk meraih empat gelaran membabitkan Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.

Dan jika mengatasi halangan selepas kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di selatan Sepanyol dalam tempoh enam hari, musim Liverpool akan ditamatkan dengan final Liga Juara-Juara ketiga dalam lima musim di Paris pada 28 Mei.

“Ia 2-0 pada separuh masa,” kata Klopp. “Anda perlu waspada, 100 peratus pada masa yang sebenar dan bermain pada babak kedua seperti kami beraksi pada yang pertama. Kami tahu ia adalah keadaan penuh muslihat buat kami.”

Berbeza dengan gaya permainan terbuka dipamerkan Manchester City yang menang 4-3 mengatasi Real Madrid semalam, skuad Emery mengikut taktik sama yang menyaksikan mereka melepasi halangan Juventus dan Bayern Munich dengan banyak bertahan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker