Mayat tanpa identiti tersangkut pada dahan pokok

Kuala Selangor: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut pada dahan pokok di Jeti Bukit Belimbing, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 12.48 tengah hari.

Beliau berkata, lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, terdapat mayat berada dalam sungai dalam keadaan terapung.



“Mayat itu kemudian dibawa ke jeti dengan bantuan nelayan dan polis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker