Nazlan – antara kredibiliti, khilaf dan konspirasi



 

 

Negara digegarkan dengan pendedahan Raja Petra Kamarudin mendakwa Mohd Nazlan Ghazali menerima sejumlah wang dari Jho Low sebagai “khidmat servis”.

Melalui 11 transaksi bernilai lebih RM1 juta, kini kredibiliti Nazlan Ghazali mula dipertikaikan rakyat.

Meneliti pendedahan Raja Petra membuka satu persatu persoalan kontroversi mengenai Nazlan Ghazali dan penubuhan Strategic Resource Company – SRC yang disyorkan Maybank pada 6 September 2010.

 

Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah

 

Projek tersebut dinamakan sebagai Project Shangri-La.



 

 

Nazlan ketika itu merupakan peguam umum kumpulan dan setiausaha syarikat kepada Maybank dan beliau tahu kewujudan SRC.

 

 

Adakah Nazlan mengetahui sebarang konspirasi peringkat tertinggi yang diusahakan dibelakang tabir untuk “mengenakan” seseorang dengan penubuhan SRC?

 

 

Dalam Petisyen Rayuan Mahkamah Persekutuan Malaysia antara Dato Sri Mohd Najib Razak-Perayu dan Pendakwaraya-Respondan (Bidangkuasa Rayuan) 94 hujah kekhilafan Hakim dikemukakan oleh Tetuan SHAFEE & CO.

Hujah-hujah yang terkandung menjurus kepada kekhilafan Hakim dalam proses menghakimi kes Najib Razak.



 

Kod Etika Hakim 2009

Apa yang dikemukan Raja Petra menerusi pendedahan beliau mengenai Nazlan memberi kesan terhadap justifikasi beliau selaku Hakim yang mempunyai “Conflict of Interest” dalam sesuatu kes yang melibatkan sesuatu yang berada dalam pengetahuannya.

Ini semua menjejaskan kredibiliti Intitusi Kehakiman.

Perkara tersebut telah menimbulkan prejudis rakyat terhadap para Hakim yang menjalankan tugas bagi memberi keadilan mengikut Kod Etika Hakim 2009.

“Hentikan siasatan atas Nazlan”, apa agenda mereka?

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker