Sanusi diberi 48 jam untuk minta maaf, tarik tuduhan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diberi tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhannya terhadap Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Melalui hantaran Facebook, Isham menegaskan, jika tiada maklum balas diterima pihaknya dalam tempoh itu, beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk saman.

Beliau juga menegaskan laporan polis akan dibuat esok supaya kesalahan fitnah oleh Sanusi itu dapat disiasat.

“Saya beri tempoh 48 jam kepada Sanusi untuk meminta maaf kepada saya dan menarik balik apa yang dia kata, jika tidak saya akan mempertimbangkan tindakan selanjutnya termasuklah tindakan saman seperti yang disarankan netizen,” katanya.

Hantaran itu merujuk kenyataan Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bahawa dokumen ‘PASLeaks’ dipercayai dibuat pasukan laskar siber pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepemimpinan UMNO disebarkan secara terbuka.

Sanusi turut memetik nama Isham sebagai contoh ketika menyatakan anggapan beliau bahawa dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang mendapat kepentingan daripada dokumen terbabit.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker