Sebak! Suami pegang frame isteri sesi fotografi keluarga



Tinggal kurang dari seminggu saja lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Syawal dan pastinya ramai tidak sabar pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga tercinta.

Tidak kurang juga bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun ini, sudah tentu Syawal pada tahun ini amat bermakna dalam hidup mereka.

Namun begitu, tidak semua bernasib baik  dan berpeluang bagi meraikan hari lebaran tersebut dengan pasangan masing-masing.

Isteri ‘pergi’ selama-lamanya sebelum Ramadan

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang jurugambar, Fitrin Ruslee di laman TikTok miliknya, difahamkan lelaki yang bercermin mata dan memakain set persalinan baju melayu berwarna kuning itu baru sahaja kehilangan isteri kesayangan sebelum Ramadan lagi.



Menurut perkongsian tersebut, Allahyarhamah dijemput oleh Ilahi disebabkan oleh sakit barah yang dihadapi dan terkena jangkitan Covid-19.

Arwah isteri berhajat nak tangkap gambar keluarga sedondon kuning

Selain itu, lelaki  itu mengatakan arwah isterinya berhajat untuk mengadakan sesi fotografi seisi keluarga pada raya nanti dengan memakai pakaian sedondon berwarna kuning.

Oleh itu, demi kasih seorang suami kepada arwah isterinya, lelaki tersebut menunaikan permintaan tersebut, meskipun terpaksa menahan sebak di dada.

Rindu yang tiada penghujung…

Ini dapat dilihat apabila lelaki tersebut menyeka air mata jantan daripada berguguran jatuh semasa dia memegang bingkai gambar wajah isterinya.



Tangisan tersebut menyebabkan ahli keluarga yang lain turut merasaikan kesedihan dan rindu yang ditanggung oleh lelaki tersebut.

Kami turut sebak tengok

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan sebak apabila melihat perkongsian video tersebut dan tidak menyangka momen yang dirakam oleh jurugambar tersebut sememangnya memberi kesan kepada mereka.

Semoga tabah ya, bang…

Tidak kurang juga, terdapat warganet memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut yang kehilangan isteri tersayang.

Semoga roh Allahyarhamah Hanis Rahman ditempatkan di kalangan para solihin dan dilindungi dari seksaan kubur.



 

 

@fitrinruslee Rindu yg tiada penghujung. potrait raya keluarga Rahman #fyp #fypdongggggggg #studioraya #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee

 

Sumber: TikTok @fitrinruslee

ohmymedia.cc



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker