Tribunal Khas perlu diwujudkan untuk bersihkan Hakim

Rakyat dikejutkan dengan isu membabitkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan transaksi bernilai Jutaan Ringgit Malaysia.

Prejudis terhadap Institusi Kehakiman semakin memuncak dan agak sukar dielakkan.

Ini membawa kepada keperluan penubuhan sebuah Tribunal Khas Kehakiman dan digandingkan dengan Kod Etika Kehakiman 2009.

Seorang pengamal Undang-Undang Shamsuddin Nawawi   menulis di facebook beliau menjelaskan perbezaan Legislatif, Eksekutif dan Institusi Raja.

Dalam isu membabitkan Mohd Nazlan Ghazali, banyak membuka perdebatan samada media sosial atau ruang ‘coffee house’.

Apabila pihak SPRM menyatakan mereka telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan, persepsi bercampur-baur mengenai Intergriti beliau sebagai Hakim yang sedang mengendalikan kes.

Beberapa pihak politik mula tidak menyenangi pendedahan tersebut mula membuat kenyataan yang agak mengelirukan rakyat.

Pertikaian Netizen di facebook

 

Persoalannya mengapa sekarang pihak tertentu berbeza nada dari 2019? Sangat kontra kenyataan yang dibuat pada 2019 dan 2022. Adakah mereka ini ada kepentingan tertentu?

BACA SINI

Untuk mengelakkan prejudis terus menyelubungi Institusi Kehakiman, Kerajaan wajar menimbang untuk menubuhkan sebuah Tribunal Khas bagi memastikan Hakim yang mengendalikan sesuatu kes tidak mempunyai ‘Conflict of Interest” dalam kes yang dikendalikannya.

Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa SPRM mempunyai kuasa bagi menyiasat Pegawai Badan Awam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker