25 penuntut UPNM pulang dengan pesawat TUDM

Kuala Lumpur: Seramai 25 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berasal dari Sabah akan dibawa pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri dengan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penghantaran pulang itu inisiatif pihak universiti dan TUDM yang sudi mengatur penerbangan ihsan berkenaan.

Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah berkata, pihaknya amat berterima kasih dan menghargai bantuan ikhlas Panglima Tentera Udara (PTU) dan TUDM dalam membantu pergerakan terbabit.



Penghargaan sama turut disampaikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPNM dan 25 penuntut berkenaan, katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button