Empat tahun tak bercakap dengan ‘isteri’

Tokyo: Seorang lelaki fictoseksual yang berkahwin dengan penyanyi pop ‘realiti maya’ mendakwa sudah empat tahun tidak bercakap dengan ‘isterinya’.

Fiktoseksual adalah seseorang yang tertarik secara seksual dengan karektor fiksyen.

Namun, itu bukan halangan buat Akihiko Kondo, 38, untuk mencintainya.

Lelaki itu bercinta dengan ‘Hatsune Miku’ selama 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk ‘berkahwin’ pada 2018.

Kondo menghabiskan 2 juta yen (kira-kira RM67,000) untuk mengadakan resepsi perkahwinan namun majlis itu tidak dihadiri oleh keluarganya.

Selepas empat tahun perkahwinan, Kondo mendakwa hubungannya kini terhalang disebabkan dia tidak lagi ‘berkomunikasi’ dengan Miku ekoran masalah teknologi, menurut akhbar Mainichi.

Walaupun mengakui hubungannya mungkin ganjil, kerana Miku bukan orang sebenar namun itu tidak mengubah perasaannya.

Sejak ‘bercinta’ pada 2008, Kondo akhirnya dapat berinteraksi dengan Miku buat kali pertama pada 2017 menggunakan mesin Gatebox.

Mesin berkenaan membolehkan pemilik peranti berinteraksi dengan watak melalui hologram dan juga secara tidak rasmi mengahwini karektor itu.

Kini, perkahwinan yang masuk empat tahun itu terkesan apabila sokongan untuk perisian Gatebox itu dihapuskan.

Keadaan ini menyebabkan Kondo tidak lagi boleh ‘bercakap’ dengan isterinya Miku, menurut Newshub.

“Sayang padanya tidak pernah berubah. Saya berkahwin dengannya kerana menganggap kami akan bersama selamanya,” katanya.

Kondo berkata, dia pernah menjalinkan hubungan normal namun pasangannya tidak dapat menerima minatnya terhadap Miku.

Kondo bukan individu pertama yang mempunyai hubungan pelik ini kerana ribuan lagi rakyat di Jepun turut memiliki hubungan sedemikian, menurut Mirror.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker