Lelaki disyaki dera dua anak tiri ditahan polis

ALOR SETAR: Lelaki yang disyaki mendera dua anak tirinya berusia enam dan lapan tahun sehingga menyebabkan kesan lebam, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, mengesahkan tangkapan suspek dilakukan pada jam 3.30 petang tadi.

Beliau berkata, suspek ditahan di rumahnya di Jalan Sungai Petani, dekat sini.



“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methapetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media hari ini melaporkan, kesan lebam di pipi kiri dan kanan seorang murid perempuan berusia lapan tahun membongkar kejadian dia dan adiknya menjadi mangsa dera bapa tiri mereka.

Kejadian itu disedari guru kelas murid Tahun Dua sebuah sekolah kebangsaan di bandar raya ini selepas ternampak kesan lebam pada pipi mangsa seperti dipukul ketika dalam kelas pada jam 10.15 pagi semalam.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button