Lelaki onani belakang rumah diburu

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Shah Alam: Lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan beronani di belakang rumah di Seksyen 23 dekat sini, 12.06 tengah malam Sabtu lalu, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada seorang wanita di Balai Polis Sri Muda, kelmarin selepas mengetahui kegiatan tidak bermoral suspek melalui jirannya.

Difahamkan, perbuatan lelaki itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mohd Iqbal berkata, mangsa adalah akauntan yang sudah mempunyai suami dan seorang anak perempuan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan umpil bagi pecah masuk ke rumah mangsa.

“Rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek berikutan rakamannya hitam putih dan suspek disyaki bukan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker