Pastikan Touch ‘n Go aktif sebelum pulang beraya

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan pelanggan lebuh raya menyemak status kad Touch ‘n Go masing-masing sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabid, berkata ini pelanggan lebuh raya tidak dapat melepasi plaza tol sekiranya status kad Touch ‘n Go tidak aktif atau tamat tempoh, sekali gus boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas di plaza tol terbabit.

“Kami menasihatkan pelanggan yang mempunyai kad Touch ‘n Go tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah seluruh negara.

“Sebagai alternatif, mereka boleh menggunakan MyKad serta ahli kad kesetiaan Watsons yang turut dilengkapi cip Touch ‘n Go dan boleh ditambah nilai untuk kegunaan lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna lebuh raya juga boleh menyemak status kad Touch ‘n Go mereka di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login sebelum memulakan perjalanan.

“Memandangkan pengguna lebuh raya tidak berpeluang melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, kad Touch ‘n Go mereka tidak lagi aktif apabila tiada transaksi tol dibuat dalam tempoh 12 bulan berturut-turut.

“Bagi kemudahan tambah nilai, PLUS menyediakan pusat tambah nilai di Rehat dan Rawat (R&R) terpilih, mesin juruwang automatik (ATM) dan kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS, serta kemudahan lain termasuk 67 kiosk layan diri (SSK) di plaza tol terpilih,” katanya.

Zakaria berkata, terdapat 22 kaunter Touch ‘n Go di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya PLUS yang membolehkan mereka membuat tambah nilai tanpa caj.

“Untuk maklumat lanjut kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di [email protected] atau layari www.touchngo.com.my,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker