‘Saya belum mati’ – Raiola

LONDON: Ejen bola sepak terkenal, Mino Raiola terpaksa menafikan bahawa dia sudah mati menerusi Twitter.

Media Itali melakukan kesilapan dengan mendakwa ejen berusia 54 tahun itu meninggal dunia yang kemudiannya dilaporkan di seluruh dunia.

Real Madrid turut menyampaikan ucapan takziah selepas laporan itu dikeluarkan.

Ejen dari Itali itu mewakili pemain seperti bintang Manchester United, Paul Pogba; penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland serta pemain legenda, Zlatan Ibrahimovic.

Rakan dan keluarganya juga menafikan ejen itu meninggal dunia.

Mereka mendedahkan bahawa dia masih hidup “tapi agak teruk”.

AGENSI

Leave a Reply