Tular Budak Lelaki Jual Kerepek Sampai Tertidur Di Kaki Lima

Baru-baru ini tular video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki tertidur ketika menjual kerepek di kaki lima kedai di Limbongan, Melaka. Perkongsian video yang dibuat pengguna TikTok @danielalii sehingga kini telah mendapat 2.9 juta tontonan.

Terbaru, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka dalam laporan Harian Metro berkata, pihaknya kini sedang menyiasat dari segala sudut termasuk kemungkinan kanak-kanak itu dieksploitasi untuk menjual kerepek.

Menurut Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik, beliau sudah mengarahkan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak daerah Melaka Tengah ke lokasi untuk menyiasat mengenai adik itu.

Jika benar berlaku eksploitasi, ibu bapanya juga boleh dikenakan tindakan mengikut AKK 2001 kerana cuai dalam penjagaan manakala kanak-kanak terbabit akan ditempatkan di institusi kebajikan.



Namun katanya, keputusan meletakkan kanak-kanak itu di institusi kebajikan adalah pilihan terakhir. Jika mereka adalah keluarga susah dan layak untuk mendapatkan bantuan JKM, tindakan sewajarnya akan diambil termasuk kaunseling.

Kita akan mengesan dulu keluarganya dan jika ibu bapanya tidak mampu menjaga atau memberi perlindungan yang sempurna, kita akan tempatkan kanak-kanak itu di institusi kebajikan.

Pihaknya juga merayu orang ramai tidak menularkan video itu sebelum merujuk terlebih dahulu. Katanya, jika maklumat tidak betul, bimbang akan beri kesan besar kepada masyarakat, agensi kebajikan dan semua pihak seolah-olah tiada peranan membantu.

Ujar Burhanuddin lagi, trend menyebarkan tanpa semakan dibimbangi membuka ruang kepada kegiatan penipuan dalam pemberian sumbangan terutamanya di bulan Ramadan apabila ramai yang berlumba-lumba nak rebut pahala sedekah.



Katanya, setakat ini JKM tidak menerima sebarang laporan mengenai adik ini.

Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker