Wanita maut, tujuh lain cedera kemalangan di Setiawan

Ipoh: Seorang wanita maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Kayan di Sitiawan petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.32 petang.

“Kemalangan itu membabitkan dua jenis kenderaan iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux telah bertembung.



“Kemalangan itu menyebabkan empat mangsa iaitu seorang lelaki serta dua kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Proton Persona cedera manakala seorang penumpang kereta itu maut dalam kejadian itu,” katanya.

Jurucakap itu berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki pacuan empat roda itu turut cedera

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Manjung untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.24 malam tadi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button