Dekat nak raya masih berlumba lagi

Kota Bharu: Sekumpulan penunggang motosikal ditahan polis selepas berlumba dan melakukan aksi di Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pada jam 6.35 petang itu, pasukan tangkapan membuat pemantauan di sekitar Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh mengekori sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi meniarap, aksi superman, menundukkan badan, bersaing dan aksi zig-zag bermula dari Kilometer (KM) 12 sehingga KM 6 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh arah ke Kota Bharu.

Menurutnya, pada jam 7.30 malam itu, sembilan berusia 16 hingga 26 tahun memberhentikan motosikal di bahu jalan Kampung Sireh Bawah Lembah.



“Polis kemudian menahan seorang lelaki kerana menggunakan Honda EX5 dengan nombor pendaftaran palsu.

“Polis kemudian menahan tujuh lelaki kerana tidak memiliki lesen memandu yang mana kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua suspek itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala yang tidak memiliki lesen memandu disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas lelaki yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.



“Dalam operasi itu juga sebanyak 49 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button