Tertinggal ibu mentua di lebuh raya

Jakarta: Seorang wanita dilaporkan hilang selepas tidak sengaja ditinggalkan keluarganya di Kilometer 91, lebuh raya Tangerang-Merak, pada Sabtu.

Portal Kompas melaporkan, insiden berlaku ketika wanita berkenaan dalam perjalanan untuk pulang ke kampung bersama keluarganya dari Tangerang menuju ke Palembang.

Menantunya, Umam berkata, ibu mentuanya tertinggal sewaktu turun daripada kenderaan untuk pergi ke tandas di tepi lebuh raya arah Pelabuhan Merak.

Menurut Umam, ibu mentuanya hilang kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan dan belum ditemukan sehingga kini malah gagal dihubungi kerana tidak membawa telefon bimbit bersama.

“Ibu keluar daripada kenderaan untuk ke tandas ketika kami singgah ke satu kawasan di tepi jalan.

“Lebuh raya sesak dan kami sudah memperlahankan kenderaan supaya ada tidak jauh daripada tandas.

“Bagaimanapun, kenderaan di belakang membunyikan hon dan ibu pula tidak membawa telefon bimbit mahupun wang bersama.

“Bapa saudara saya ada mencarinya malah pusing di kawasan itu selama lima kali namun gagal menemuinya dan turut tersangkut dalam kesesakan,” katanya.

Sementara itu, anak kandung Dewi, Putri meminta jasa baik orang ramai yang ternampak atau menemui ibunya supaya dapat membantu,

“Semoga ibu ditemui, kali terakhir dia memakai tudung biru, baju hitam dan seluar denim,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker