Safiey Ilias akan masuk pusat rehabilitasi

Kuala Lumpur: “Kalau tak masuk pusat rehabilitasi dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri.”

Demikian kata usahawan kontroversi Safiey Ilias, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias apabila dia dinasihati untuk menjalani rawatan sakit mental dialami di pusat rehabilitasi selama tiga hingga enam bulan.

Safiey berkata, tahap kesihatan mental dialami semakin kronik dan membimbangkan doktor yang merawatnya selama ini.

“Insya-Allah minggu depan saya dah kena masuk pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikiatri, Dr Rafidah yang merawat saya sejak 2015 lagi. Katanya, ia bagus demi masa depan saya.



“Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan bermacam-macam lagi. Jadi, baik bertindak sekarang sebelum menjadi lebih parah. Dia beritahu saya juga, di tempat itu sudah ramai yang sembuh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Safiey, sepanjang ketiadaan dirinya, segala urusan perniagaan diserahkan sementara pada bapa dan adiknya.

“Saya akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat. Doakan saya. Maafkan saya jika sudah mengecewakan ramai orang.

“Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker