7 beranak sambut raya dalam suasana hambar selepas rumah terbakar

Tumpat: Tujuh beranak dari Kampung Dalam Rhu di sini, tidak menyangka Aidilfitri yang dinanti-nantikan selama ini disambut dalam keadaan hambar.

Bukan sahaja tiada persalinan raya malah Ahmad Ramadan Johari, 25, serta keluarga juga kehilangan rumah dalam kebakaran pada 6 Ramadan lalu yang menyebabkan mereka kini menumpang di inap desa milik seorang individu tidak dikenali.

Ahmad Ramadan berkata, bukan sesuatu yang mudah buat mereka sekeluarga apabila diuji dengan musibah sebegitu kerana bukan sahaja kehilangan tempat berteduh malah sumber pendapatan.

“Sebelum ini, saya menyara hidup dengan membuat donat yang dijual secara dalam talian namun akibat kebakaran, semua peralatan membuat kuih itu hangus.



“Dalam keadaan buntu memikirkan ke mana akan berlindung, hadir seorang wanita yang tidak kami kenali menawarkan inap desa miliknya untuk berteduh buat sementara waktu.

@Buat masa kini, persediaan raya langsung tiada dalam fikiran sebaliknya kami perlu berjimat cermat menggunakan wang yang didermakan orang ramai untuk mencari rumah sewa dan meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Ahmad Ramadan berkata, buat masa kini, hanya dia, ibu bapa serta adik perempuan yang menginap di inap desa itu manakala isteri serta dua anaknya menumpang di rumah seorang rakan di Kota Bharu.

Katanya lagi, mereka tidak diberi tempoh khusus untuk berteduh di inap desa itu namun perlu berpindah sekiranya ada pelanggan yang ingin mendaftar masuk.



“Kami juga menerima bantuan daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran yang memberi jaminan akan melangsaikan sewa rumah untuk dua bulan sekiranya terjumpa rumah yang sesuai untuk disewa,” katanya sambil memberitahu pencarian mereka setakat ini belum berhasil.

Pada kejadian 9 April lalu, enam rumah terbakar yang mana empat daripadanya hangus 100 peratus termasuk kediaman yang didiami Ahmad Ramadan bersama keluarga.

Katanya, rasa teruja untuk memasak pelbagai juadah pada pagi raya selepas dua tahun tidak meraikan Aidilfitri dalam suasana meriah menyebabkan Rosidah menyediakan banyak mentah lebih awal, termasuk beras nasi dagang dan beras pulut.

“Saya memang sudah berniat untuk memasak nasi daging dan pulut dakap pada pagi raya, kerana itu saya beli semua bahan mentah itu lebih awal. Namun, semuanya hangus.

“Kami juga hilang tempat berteduh sekelip mata dan kini menumpang rumah anak saudara sementara mencari rumah sewa lain kerana enggan membebankan mereka,” katanya yang tidak memiliki cahaya mata.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker